JOM USAHAKAN AGAR HUTANG MAAHAD TAHFIZ INI DAPAT DISELESAIKAN

“Saya harap dapat selesaikan hutang-hutang dahulu”
Maahad Tahfiz Aqsa amat bergantung pada sebuah kedai yang berhampiran dengan tahfiz untuk menjadi pembekal makanan harian.
Semua barangan keperluan diambil daripada kedai tersebut.
Disebabkan keadaan ekonomi kini yang menyebabkan harga barang naik, maka harga barangan di kedai tersebut juga semakin meningkat.
Pada awal Pandemik Covid 19, hutang Maahad Tahfiz Aqsa adalah sebanyak 20 ribu ringgit pada kedai tersebut dan kini jumlahnya semakin meningkat.
Maahad Tahfiz Aqsa kini berusaha sedaya upaya untuk melunaskan hutang kepada kedai berkenaan.
JOM KENALI MAAHAD TAHFIZ AQSA
Maahad Tahfiz AQSA ditubuhkan pada tahun 2012 dan berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.
Merupakan sebuah pusat pengajian yang menggabungkan ketiga-tiga elemen utama iaitu Tahfiz, Diniah dan Akademik (SPM).
Seramai 12 Hafiz dan 11 Hafizah telah berjaya menamatkan sesi hafazan 30 juzuk Al-Quran dengan jayanya.
Dinobatkan sebagai Maahad Tahfiz Terbaik Negeri Pulau Pinang pada tahun 2018.
Oleh kerana itu, kami mengharapkan Tuan/Puan yang budiman sekalian untuk turut sudi menyokong usaha kami ini agar:
Hutang kos keperluan makanan dapat diselesaikan
Sesi pembelajaran agama para pelajar di sini dapat berjalan secara baik
Pusat tahfiz ini dapat terus beroperasi dengan lancar
KITA MUNGKIN TAK MAMPU HAFAL AL-QURAN, TAPI SEKURANG-KURANGNYA KITA BOLEH SOKONG MEREKA YANG BENAR-BENAR NAK JADI HUFFAZ
Gambar pelajar-pelajar tahfiz membaca Al-quran
Bayangkan jika kita usaha bersama melangsaikan hutang, maka kita pun akan dapat saham pahala sama seperti anak tahfiz ini:
✅ Pahala Bacaan Al-Quran dari pagi sampai malam.
✅ Pahala solat dhuha, solat tahajjud, qiamulail.
✅ Pahala semua kebaikan adik-adik ni kita akan dapat.
Maka, amatlah besar ganjaran pahala yang bakal kita peroleh jika membantu maahad tahfiz ini.
Terima Kasih Atas Sokongan Anda!
Semoga Tuan/Puan sentiasa dimewahkan rezeki dengan asbab pemberian ini.
Aamiin...