Tawaran Untuk Raih Lebih Banyak Ganjaran Di Bulan Ramadan

SANGATLAH RUGI JIKA KITA ABAIKAN PELUANG INI
Sedar tak sedar, Ramadan tahun ini sudah tiba.
Bulan yang sangat dinantikan oleh semua umat Islam di seluruh dunia untuk menggandakan amal kebaikan.
Namun tidak ada seorang pun yang dapat jamin sama ada kita masih berkesempatan beramal untuk Ramadan lagi pada esok hari.
Masih tidak terlambat lagi untuk kita melakukan kebaikan hingga saat ini.
AYUH PERSIAPKAN BEKAL AKHIRAT ANDA BERSAMA KAMI
Pada awalnya, tapak Maahad ini adalah sebuah tapak pasar yang terbiar di daerah Seberang Perai, Pulau Pinang.
Kami mengambil inisiatif untuk menubuhkan sebuah Maahad Tahfiz di atas tapak tersebut dengan kos perbelanjaan sebanyak 100 RIBU RINGGIT.
Maahad ini telah menempatkan seramai 80 orang pelajar lelaki dan perempuan.
Namun atas faktor PKP, bilangan pelajar semakin berkurang. Akibatnya, peruntukan kos operasi Maahad terjejas teruk.
OLEH ITU, KAMI AMAT MENGHARAPKAN SOKONGAN DARIPADA TUAN PUAN AGAR SUDI BERKONGSI REZEKI BAGI :
Menampung kos perbelanjaan makanan untuk 60 orang pelajar tahfiz di sini.
Menampung kos pembelian tanah untuk membina bangunan baru bagi keselesaan pelajar menuntut ilmu.
Menampung kos perbelanjaan Iftar dan Sahur serta Program Ihya’ Ramadan sempena Ramadan yang bakal tiba tidak lama lagi.
Menampung perbelanjaan kos utiliti seperti bil api, bil air dan upah buat tenaga pengajar.
Anggaran kos yang diperlukan untuk menampung segala perbelanjaan adalah sebanyak 300 RIBU RINGGIT
MUNGKIN KOS INI KELIHATAN BESAR NILAINYA
NAMUN..
BILA KITA DAPAT BERGANDING BAHU, MEMBERI SAMA SEDIKIT PASTI KUTIPAN INI DAPAT BERJALAN DENGAN LANCAR DAN OPERASI MAAHAD JUGA DAPAT DITERUSKAN.
JIKA SEBALIKNYA..
USAHA UNTUK MELAHIRKAN LEBIH RAMAI PENGHAFAZ QURAN PASTI AKAN TERBANTUT, MALAH OPERASI MAAHAD TERPAKSA DIBERHENTIKAN AKIBAT MASALAH KEWANGAN.
Maahad Tahfiz AQSA ditubuhkan pada tahun 2012 dan berdaftar di bawah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.
Merupakan sebuah pusat pengajian yang menggabungkan ketiga-tiga elemen utama iaitu Tahfiz, Diniah dan Akademik (SPM).
Seramai 12 Hafiz dan 11 Hafizah telah berjaya menamatkan sesi hafazan 30 juzuk Al-Quran dengan jayanya.
Dinobatkan sebagai Maahad Tahfiz Terbaik Negeri Pulau Pinang pada tahun 2018.
JANGAN BIARKAN MAAHAD TAHFIZ INI DITUTUP
JOM SAMA-SAMA KITA MANFAATKAN RAMADAN TAHUN INI DENGAN KONGSIKAN SEDIKIT REZEKI BUAT MAAHAD TAHFIZ AQSA.
Mungkin mereka tak tahu siapa yang berkongsi rezeki, namun percayalah doa dari orang yang sentiasa bersama Al-Quran ini, akan selalu ada buat anda.
WALAU SEKECIL MANA SEKALIPUN PEMBERIAN KITA DI MATA MANUSIA, SEBENARNYA IA AMAT BESAR DISISI-NYA.
TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN ANDA !